Secara semula jadi, manusia dilahirkan, membesar dan menjadi tua. Ia nya dipanggil kitaran hidup
yang tidak dapat dielakkan. Menurut Dr. Kravitz di dalam artikel beliau yang bertajuk " The age
antidote" fungsi badan manusia akan berkurang atau menurun mengikut peningkatan umur.
- Kadar darah yang dipam keluar dari jantung ke seluruh badan akan menurun 20-30% menjelang umur 65.
- Jumlah degupan jantung manusia akan berkurang 10 degupan per minit bagi setiap 40 tahun.
- Kepadatan tulang manusia akan mula menurun apabila umur manusia menjelang 35 dengan penurunan sebanyak 1% setiap tahun dan mampu mencecah sehingga 3% setahun bagi wanita yang menopause.
- Peningkatan umur juga menyebabkan aktiviti saraf, jumlah neuron dan sel otak berkurang.
- kekuatan otot mule berkurang sebanyak 10% seawal umur 24 tahun dan berkurang sebanyak 40% apabila umur manusia mencecah 40 tahun.
Pengurangan fungsi badan manusia ini merupakan kunci utama kepada penyakit-penyakit kronik
yang sering dihadapi oleh manusia seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung, kegagalan buah
pinggang dan sebagainya.
Pengurangan darah yang dipam keluar dari jantung menyebabkan aktiviti 'physiology' badan manusia menjadi semakin lembab. Aktiviti membina tisu-tisu baru dan aktiviti lain di dalam badan menjadi lembab menyebabkan seseorang itu kelihatan lesu, cepat berasa letih dan lambat untuk pulih ke keadaan normal apabila melakukan sesuatu aktiviti fizikal lebih-lebih lagi apabila jumlah oksigen yang disedut turut berkurang. Apabila aktiviti tisu-tisu menjadi lembab menyebabkan organ-organ penting tidak berfungsi secara berkesan dan akhirnya mengakibatkan timbulnya penyakit-penyakit kronik. Namun begitu, semua ini dapat dielakkan dengan melakukan senaman. Banyak kajian yang telah menunjukkan dengan bersenam, manusia mampu meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kadar penurunan fungsi badan manusia. Kita tidak mampu untuk menafikan kitaran ini tetapi setidak- tidak nya kita mampu untuk melambatkan proses kitaran tersebut dan mengekalkan kualiti hidup lebih lama..insyaallah.