- Daya tahan jantung bagi melakukan sesuatu aktiviti fizikal dalam satu jangka masa yang lama.
- Kekuatan otot.
- Daya tahan otot bagi melakukan sesuatu aktiviti fizikal yang berterusan dalam satu jangka masa yang lama.
- Kebolehan otot meregang bagi mencapai pergerakkan sendi yang optimum.
- Komposisi tubuh badan manusia ( nisbah tisu otot kepada tisu lemak).
Bagi mendapatkan tubuh
badan yang sihat, seseorang itu haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain
pemakanan yang sihat, bersenam juga sangat membantu bagi seseorang individu itu
mengekalkan kesihatan di tahap yang sangat baik. Kesemua komponen di atas perlu
di ambil kira bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, cergas dan seimbang.
Sebelum melakukan senaman, adalah digalakkan setiap individu mengukur atau
menguji tahap setiap komponen kecergasan mereka. Ia bertujuan untuk dijadikan
sebagai batu aras atau pngukur bagi mengetahui peningkatan fizikal setiap
individu selepas melakukan senaman dalam suatu jangka masa tertentu.
Daya tahan jantung
seseorang boleh diukur dengan ‘berjogging’ selama 30 minit (minima) bagi yang
mampu dan bagi warga emas pula berjalan atau berjalan laju diantara 20-30 minit
sebagai permulaan.
Kekuatan
otot seseorang boleh diukur dengan melakukan 1RM testing (http://www.topendsports.com/testing/tests/1rm.htm#).
Daya
tahan otot pula boleh diuji dengan cara seperti dibawah:
Upper Body
|
Core
|
Lower Body
|
|
Kebolehan otot
meregang bagi mencapai pergerakkan sendi yang optimum pula boleh diuji dengan
melakukan aktiviti regangan (stretching). Ketika melakukan regangan, cukup
sekadar ketegangan otot berada di tahap tidak selesa. Tidak perlu memaksa otot
sehingga ke tahap sakit yang mana ia mampu mengakibatkan kecederaan otot atau
otot terkoyak. Individu akan mendapati peningkatan pada kadar regangan apabila
kerap melakukan aktiviti regangan terutamanya selepas setiap kali melakukan
aktiviti fizikal. Ia juga disebut sebagai ‘cooling down’.
Komposisi
tubuh badan boleh diukur menggunakan bio-impendence assessment (http://www.illinoisnaturalhealth.com/bia.htm).Ia
boleh didapati di kebanyakkan pusat kecergasan komersial (Commercial Gymnasium).
No comments:
Post a Comment